Kebaikan Pengurusan Pembelajaran (Luar Bilik Darjah)

 KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LUAR BILIK DARJAH)

Assalamualaikum...Saya FAIRUZ FARHANA BINTI JASNI (D20201093536) daripada ISMP Perakaunan (AT08) dan merupakan salah seorang daripada ahli daripada kumpulan 16.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2005), definisi “Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) ialah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang teracang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan untuk menyokong dan mengukuhkan perlaksanaan kurikulum sekolah. Ianya juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif’. PLBD ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 lagi. Tujuan PLBD ini diperkenalkan supaya murid-murid dapat mengukuhkan lagi pengetahuan pembelajaran mereka dengan melihat sendiri situasi yang sebenar di depan mata mereka. Ini dapat menarik minat para pelajar untuk lebih bersemangat untuk menimba ilmu.

Terdapat banyak kebaikan yang dapat dimanfaatkan jika PLBD terus diterapkan di sekolah-sekolah. Antara kebaikan pengurusan pembelajaran (luar bilik darjah) ialah:

Kebaikan Pengurusan Pembelajaran (Luar Bilik Darjah)

1. Murid-murid merasa lebih bebas

Menurut Azizi Ahmad (2019), apabila murid-murid belajar daripada luar bilik darjah, mereka akan berasa lebih positif dalam pelajaran kerana boleh melihat suasana yang lebih kondusif di sekeliling mereka yang juga boleh menenagkan fikiran dalam masa yang sama. Selain itu, mereka juga akan berasa lebih sejahtera dan ingatan menjadi semakin baik. Ini kerana menurut kajian yang telah dibuat, manusia akan lebih cepat mengingati sesuatu perkara jika perkara tersebut berlaku di depan mata mereka sendiri. Hal ini sama seperti pembelajaran, murid-murid juga memerlukan situasi yang sebenar untuk membantu mereka mengingati sesuatu topik. Mengikut kajian yang telah dibuat oleh Azizi Ahmad terhadap murid tentang PLBD ini, rata-rata nya memberi komen yang positif tentang perlaksanaan PLBD ini. Terdapat satu komen dari seorang murid yang mengatakan bahawa “apabila mereka pergi ke hutan, tanpa disedari bahawa bukan sahaja mereka dapat menikmati keindahan alam sekitar, malahan mereka juga dapat mempelajari ilmu Sains, Matematik dan juga English”. Ini memberikan kesan yang sangat positif kepada para pelajar.

2. Menjadi lebih proaktif dan meningkatkan nilai murni

   Selain daripada membuat lawatan ke tempat baru seperti melawat zoo, pusat sains dan sebagainya, aktiviti-aktiviti persatuan juga merupakan pembelajaran di luar bilik darjah. Hal ini kerana mereka dapat mempelajari sesuatu di luar bilik darjah misalnya seperti menyertai aktiviti perkhemahan di sekolah. Ini membolehkan para pelajar untuk belajar cara bagaimana untuk mendirikan khemah dengan betul dan mempraktikan di masa akan datang. Hal ini menjadikan murid-murid lebih proaktif dan kreatif di sekolah dan tidak hanya terikat dengan pelajaran di dalam kelas semata-mata. Dengan menyertai aktiviti persatuan yang dianjurkan di sekolah tidak akan menjejaskan pelajaran murid kerana ianya merupakan sebahagian daripada kokurikulum sekolah. Selain itu, murid-murid juga akan dapat meningkatkan nilai murni dalam diri mereka. Ini dikatakan kerana mereka dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam kumpulan dan lebih berdikari dalam membuat sesuatu perkara. Ini akan membantu mereka di masa hadapan yang lebih mencabar.

3. Membina kefahaman murid berdasarkan persekitaran dan pengalaman

   Dengan melalui kaedah PLBD ini akan meningkatkan lagi tahap kefahaman murid dalam sesuatu subjek. Contohnya dalam pelajaran Sains, guru boleh membawa para pelajar untuk melawat Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur supaya mereka dapat mengalami sendiri pengalaman tersebut dengan lebih jelas. Dengan melawati Pusat Sains Negara, mereka boleh melihat dengan lebih jelas tentang kejadian Sains di muka bumi ini. Ini dapat mengukuhkan lagi kefaham mereka dalam sesuatu topik pembelajaran. Selain itu, mereka juga dapat merasakan alat-alat Sains yang tidak pernah dilihat oleh mereka sebelum ini yang terdapat di dalam Pusat Sains Negara. Ini dapat memberi pengalaman yang bagus dalam memupuk minat mereka supaya lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mencapai cita-cita mereka. 

4. Meningkatkan minat murid terhadap perkara baru

   Melalui pembelajaran diluar bilik darjah ini mampu meningkatkan minat murid terhadap perkara baru. Contohnya, melalui subjek Kemahiran Hidup guru dapat melihat kebolehan seseorang murid terhadapat topik yang diajari. Melalui subjek ini, guru dapat menilai sama ada murid tersebut lebih cenderung dalam pelajaran ataupun kemahiran. Hal ini kerana subjek tersebut memerlukan kemahiran dalam menyiapkan projek yang telah di tetapkan oleh sekolah seperti projek penghasilan bekas alat tulis. Jadi murid-murid dinilai melalui kekemasan dan kekukuhan projek tersebut. Oleh itu, sebagai guru kita mestilah mengetahui minat murid lebih cenderung ke arah pelajaran ataupun kemahiran. Jika dilihat melalui potensi murid yang lebih kearah kemahiran, guru haruslah memberikan sokongan kepada mereka seperti menghantar mereka ke karnival-karnival kemahiran, bengkel kemahiran dan sebagainya. Ini dapat membantu murid dalam meningkatkan minat mereka terhadap apa yang dipelajari.

5. Membina suasana berlainan daripada 'within the four walls' di dalam kelas

   Selain daripada belajar di dalam kelas, murid-murid juga memerlukan suasana yang baru yang boleh merehatkan minda mereka dan tidak terlalu terikat dengan suasana di dalam kelas. Hal ini boleh mengurangkan stres pelajar dan sekali gus menjadikan guru lebih ceria dalam menyampaikan ilmu. Dengan suasana yang baru akan memberikan nafas yang baru kepada guru dan murid. Jadi guru haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu megikuti kaedah PLBD supaya murid-murid tidak cepat berasa bosan di sekolah.

   Kesimpulannya, kaedah PLBD akan memberi kepuasan kepada guru dan murid. Ini juga akan mengurangkan stres kepada mereka. Guru akan lebih bersemangat untuk mengajar di sekolah dan murid bersedia untuk menerima ilmu. Jadi kaedah PLBD  memberikan kepantingan kepada kedua-dua pihak di sekolah. 

Rujukan

Fatimah Aini. (2021). Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah. Diambil daripada

https://www.academia.edu/7418833/Kaedah_Pembelajaran_Luar_Bilik_Darjah

Azizi Ahmad. (2019). Pembelajaran di luar bilik darjah mempunyai manfaat besar. Diambil daripada

https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/pembelajaran-di-luar-bilik-darjah-mempunyai-manfaat-besar-1.928026

Alicia. (2020). Faedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah. Diambil daripada

http://kelab5pagi.com/pembelajaran-luar-bilik-darjah/

Herry. (2021). Pembelajaran Di Luar Bilik Darjah. Diambil daripada

http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/04/pembelajaran-di-luar-bilik-darjah.html


Link Blog Kumpulan 16

htpps://kps3014blogpengurursanpembelajaran.blogspot.com/

Link Blog Ahli Kumpulan

1. Lee Zi Ann https://leeziannkps3014.blogspot.com/

2. Nur Haishah Binti Hammirudin https://nurhaishahkps3014.blogspot.com/

3. Nor Alisa Syahira Binti Azmi 

https://alisaazmikps3014.blogspot.com/2021/05/kps3014pengurusanluarbilikdarjah.html?m=1

4. Nur Syazwani Binti Omar https://nursyazwaniomarkps3014.blogspot.com/

Blog Keseluruhan Kumpulan N:

https://kps3014n2021.wixsite.com/kumpn

Comments