Posts

Showing posts from May, 2021

Kebaikan Pengurusan Pembelajaran (Luar Bilik Darjah)

  KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LUAR BILIK DARJAH) Assalamualaikum...Saya FAIRUZ FARHANA BINTI JASNI (D20201093536) daripada ISMP Perakaunan (AT08) dan merupakan salah seorang daripada ahli daripada kumpulan 16. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2005), definisi “Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) ialah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang teracang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan untuk menyokong dan mengukuhkan perlaksanaan kurikulum sekolah. Ianya juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif’. PLBD ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 lagi. Tujuan PLBD ini diperkenalkan supaya murid-murid dapat mengukuhkan lagi pengetahuan pembelajaran mereka dengan melihat sendiri situasi yang sebenar di depan mata mereka. Ini dapat menarik minat para pelajar untuk lebih bersemangat untuk menimba ilmu. Terdapat banyak kebaikan yang dapat dimanfaatkan jika PLBD terus diterapkan di sekolah-sekolah. Antara k